Sunday, 20 November 2011

MUFFIN KEJU CIP COKLAT

Resepi:Noraini Zakaria@Buku Kompilasi Hidangan Berkeju
Sumber:Rohaisha Mesra Selera

~MUFFIN KEJU CIP COKLAT~

Bahan-bahan:

220 tepung gandum
10gm serbuk koko
150gm minyak masak
150gm susu segar kotak
50gm keju Cheddar-diparut halus (sy guna slices keju & potong halus)
150gm gula perang
13gm serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 biji telur-dipukul dengan garpu
100gm cip coklat-hiasan (secukupnya)
Cawan mufin

Cara membuat:

1.Dalam mangkuk adunan, satukan minyak, susu segar, gula perang, garam dan telur.Kacau sebati.
2.Ayak tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk lain.Masukkan 50gm keju Cheddar dan gaul rata.
3.Tuangkan adunan cecair ke dalam adunan tepung tadi.Gaul dengan senduk hingga sebati tetapi masih nampak berketul dan berat.
4.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.Tuangkan adunan ke dalam cawan mufin sehingga 3/4 penuh.Tabur cip coklat.Bakar selama 20 minit hingga masak


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

0 comments: