Wednesday, 18 April 2012

MASAK LEMAK JAMBU GOLOK



Bismillah.....dah lama tak masukkan resepi baru kat sini..hari Jie masukkan resepi yang dh lama Jie tak makan..'Masak Lemak Jambu Golok'..klo dlu mak Jie selalu masak ni dgn keropok keping..masukkan k dlm kuah nya..masak bersama2 buah jambu tu hgga lembut..sedapnya..masyaallah..Tuhan jer yg tau..tp biasalah..airtangan ibu adalah yg pling sdap kn?..ok lah..selamat mencuba yer..bye..(^__^)"


-Buah Gajus(di racik2 keliling buah tp jgn putus..kemdian d perah buang airnya)
-santan (seckupnya)
-isi ikan rebus(di hancurkan)
-1 labu bawang besar(mayang)
-1 ulas bawang putih(mayang)
-1 biji cili masak(potong/buang bijinya)
-sedikit lada hitam(tumbuk)
-Garam/gula
-1 kping asam keping

Cara masak:
-masukkan smua bahan k dlm periuk kecuali garam dan gula
-masak dengan api perlhan hgga mndidih..
-sentiasa d kacau untuk elakkan santan nya pecah minyak
-rsa buahnya..klu dh lmbut dan dah tak liat lagi..masaklah ia,bru lah d perisakan dgn garam n gula...siap


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

Wednesday, 7 March 2012

AYAM MADU

AYAM MADU

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
kulit kayu manis
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara

-Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
-Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
-Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi,kulit kayu manis dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
-Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . -Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

DAGING NEGRO

DAGING NEGRO

Bahan:
1 kg daging direbus empuk
1/2 kg bawang merah dibuat bawang goreng kemudian tumbuk
1 mangkuk cili kisar
kicap manis secukupnya
garam
gula

Cara:

-tumiskan cili kisar hingga naik minyak.. masukkan bawang goreng tumbuk.. tumiskan lagi.. masukkan daging beserta air rebusan daging..
-masukkan kicap.. garam.. .. dan gula secukup rasa..
bila rasa dah ok.. tutup api..


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

Friday, 17 February 2012

KUIH ASAM GUMPAL




sagu mata ikan(secukupnya)
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 sudu besar halba
1 inci halia(hiris halus2)
2 ulas bawang merah (hiris halus/mayang)
1 cawan kacang hijau(tanpa kulit)
1 cawan gula(ikut rasa sendiri)

Cara Membuat:
1. Kacang hijau direbus sehingga empuk dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga betul-betul kering.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.(agak2 20 mnit)
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

(maaf..tiada sukatan yg tepat,masak campak2 jer )...selamat mncuba


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen