Wednesday 7 March 2012

AYAM MADU

AYAM MADU

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering
madu
kulit kayu manis
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara

-Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
-Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
-Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi,kulit kayu manis dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
-Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
-Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . -Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.


Terima Kasih Sebab Sudah Baca Entri Ini Like Dan Komen

0 comments: